Mood kejap ada, kejap tak ada

Ada kalanya bersemangat sekali update blog, blogwalking, sana-sini dapatkan tips untuk naikan traffic tapi ada waktunya pula nak jenguk blog pun rasa lemah sekali.
Muka bosan..
Tak tau la virus apa datang melanda, mungkin kerana beberapa hari ni , tiada sebarang kerja selain tugas-tugas kecil seperti buka lampu dan pintu bilik bos, ambilkan suratkhabar dan surat untuk bos. Selebihnya saya banyak goyang kaki, sedikit sebanyak ianya memberi tekanan kepada diri saya sendiri. Paling tidak pun sekadar menyusun dokumen-dokumen di dalam file.


Beginilah keadaan saya pada waktu-waktu tertentu, menunggu kerja sampai berkematu rasanya , sekali datang kerja memang siap tapau kerja bawa balik rumah.


Esok pastinya situasi yang sama akan saya lalui memandangkan pegawai saya akan bercuti hingga 31/3/2011.


Semalam sudah saya tanyakan, tiada sebarang kerja untuk saya sebelum bercuti,katanya tak ada dan cuba baca apa-apa document yang mungkin boleh menambahkan pengetahuan. 


Hmmmmm bukanlah merungut sekadar luahan cuma..


Beryukurlah..... masih ramai orang yang masih mencari kerja.

Comments

  1. takpe k.aya..time takde keje ni lah boleh rehat. nanti bila dah terlebih keje payah jgk sampai nak kena tapau :-).

    Tapi bosan jugak kaann bila dah terlebih rilek ni. Rasa mcm lambatnya jam berpusing nak tunggu time balik. Apa2 pun betul ckp k.aya, ramai lagi yg sedang tercari-cari kerja.

    ReplyDelete
  2. mood malas tu perkara biasa la tu!
    bila time rajin dtg, buat la entry autopublish byk2.

    ReplyDelete
  3. Chaiyoookk!!kerja terus kerja....<3

    ReplyDelete
  4. LL: memang bosan kalau takde kerja sb kita akan rasa bersalah dan tak tau nak beraksi macam mana, kalau duduk je macam tak kena, terpaksalah sepahkan meja konon-konon banyak kerja.

    Fa10: sejujurnya kak aya masih belum pernah dan tak pandai pun nak buat autopublish.


    Erra: Yes, mesti kena terus kerja, hutang banyak ooo.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu