Konsert Jom Heboh di Terengganu

Malam tadi saya menonton konsert ni di TV3 sepenuhnya! Tak pernah menonton konsert Jom Heboh sampai habis sebab banyak sebab he he..selalunya kan kat rumah tu remote control TV adalah hak sepenuhnya Encik Umar Faris, kalau pun tak dipegang oleh beliau, pastinya rancangan berbentuk nyanyian bukan menjadi pilihan untuk ditonton oleh isi rumah yang lain.


Malam tadi berpeluang tengok kerana kami di Tampin, dapatlah saya tengok. Bukan teruja nak tengok persembahan nyanyian punn...sekadar nak tengok telatah 2 pengacara yang saya minati iaitu Ally Iskandar dan FBI apatah lagi telah FBI yang mencuba bercakap dalam loghat Terengganu,loghat ibunda saya....


Tersenyum sendirian jugalah tengok telatah mereka..persembahan nyanyian pun menghiburkan cuma saya lagi suka kalau Meet Uncle Hussien menjemput Black sebagai penyanyi , namun begitu persembahan MUH malam tadi tetap hebat dan menghiburkan.

Mesej Terakhir

Tengok tak  Cerekarama malam minggu lepas? Saya tengok bersama mak mentua. Suami, abah, anak-anak layan Wheel of Fortune dalam komputer.


Mulannya suspens juga la cerita ni tapi lama-lama rasa bosan pulak sebab terlalu mendatar je perjalanan cerita .


Kisah seorang suami yang telah pun 6 bulan menjalin hubungan percintaan dengan seorang janda beranak satu , kisah cinta yang bertukar daripada rasa simpati pada awalnya. Biasalah lelaki,ada duit pulak tu kan..


Apa-apa pun tahniah la untuk Rita Rudaini yang berjaya membawa watak sebagai Marina dengan baik. Agaknya ketika Rita berlakon cerita ni dia betul-betul sedang mengandung dan ketika sedang menghadapi konflik dengan suaminya yang dikhabarkan telah pun berdamai sekarang. 

Episod di Selayang Mulia

Sampai di Selayang Mulia dari Tampin dalam pukul 12.40 tengah malam , terus tidur walapun plan ketika di Tampin nak update blog dulu tapi panggilan tikar bantal adalah perlu diutamakan he he.


Pagi ni bangun pukul 4.30 pagi, terus isi kain baju kotor dalam mesin.Sambil-sambil tu tengok blog. Buku dah siap susun ikut jadual sejak pagi Sabtu, disusun oleh Nadhirah sendiri tapi saya tetap kena check semula kot-kotlah tersilap tengok ke..


2 hari tak update, statitistik pageview alahai betul-betul nyawa ikan ,biasanya kalau ada update bernyawa ala manusia la sikit statistik jumlahnya..


2 hari di Tampin adalah begitu panas dan terik cuacanya tapi menurut kata bibik jiran saya, kat sini tiap petang hujan lebat,baguslah sebab pokok-pokok bunga belakang rumah dapat juga air walaupun tuan rumah tak ada.


Hujan juga telah membersihkan tiles depan rumah ni yang dipenuhi daun-daun pokok bunga tanjung yang saban masa luruh masuk ke dalam pagar rumah saya, patutlah ketika mula sampai tengah malam tadi nampak tiles bersih je, tak kanla bibik sebelah datang sapukan pulak, memanglah tak logik


Syukurlah dengan anugerah Allah, hujan dan panas adalah nikmatNya untuk semua hambanya.

Episod di Tampin

Sabtu dan Ahad lepas puya cerita daaa..


Sampai Tampin pukul 1 petang, terus makan tengah hari, mak masak sambal telur , singgang tenggiri, ikan goreng,pucuk paku goreng cili api dan sirap ais. Slurrrrpppp...


Layan filem hindi sampai petang, mak sediakan karipap goreng yang diorder dari CIK TON dan teh panas untuk hidangan petang. Lepas minum saya  menjadi penonton aksi mak main badminton gilirgilir lawan dengan Umar dan Nadhirah. Cayalaaaa mak mentua ku,tak kusangka pandai main badminton!


Ahadnya, ketika mak sediakan sarapan, saya dan Umar pulak bermain badminton, sarapan kami adalah bihun goreng dan karipap lagiii serta teh panas.


Tengah hari pulak mak masak kari ayam kampung ( ayam belaan sendiri) dan sayur goreng. Sedap!!
Lepas kenyang makan,semua pakat anyam mimpi, bila bangun dah tersedia minum petang, nugget goreng dan teh o panas.


Hmm kalau balik Tampin, aktivitinya adalah makan, tidur dan lepak.


Malamnya lepas layan Konsert JomHeboh bertolak balik ke Selayang , jam 10.40 malam.

Rahsia Solat di awal waktu

Tertarik dengan rencana ini yang saya ambil dari SINI.



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

OBES: buat saya malas....

Memang betul fakta yang mengatakan bila badan besar daripada sepatutnya kita akan jadi malas untuk bergerak dan malas untuk bergaul, malas untuk berjumpa orang, malas untuk berkomunikasi , malas untuk bergaya, malas untuk jadi rajin.


Saya sedang melalui fasa kemalasan itu.


Paling saya malas adalah berjumpa orang-orang sekeliling. Kenapa agaknya ye?


Rasa seperti serba tak kena, seperti diperhatikan atas bawah belakang depan je, jadilah rendah diri.


Padahal, tak sepatutnya saya macam tu, bukan bermakna saya menjadi tidak bernilai langsung andainya saya obes, lagi pun saya kan sedang berusaha separa keras untuk menguruskan badan.


Penurunan sebanyak 0.5 kg hampir kelihatan ( woww tersangat bangga ke nak bagitau penurunan sebanyak tu)..ye sepatutnya saya bangga dan jadikan motivasi untuk turunkan sehingga betul-betul berjaya mendapat berat yang ideal.


Untuk orang-orang sekeliling, jangan la pandang orang yang bersaiz terlebih besar daripada sepatutnya ni dengan pandangan yang semacammmmm je...

Sebab Sudirman

NI sambungan cerita tentang kutip buah pinang untuk beli suratkhabar, KLIK SINI  untuk baca post tu.


Alkisahnya mak saya baru je menelefon saya, katanya dia dapat tau saya bercuti hari ni.


Lepas tanya khabar anak menantu cucu, dia mengenang kembali kisah tu...


"kelmarin ( semalam la tu) 19 tahun doh Sudirman meninggal ye, rasa macam baru lagi kan kita dua orang kutip buah pinang untuk beli suratkhabar, nak baca kisah Sudirman tu"


"yelah,kejap je masa berlalu, kita ni pun dah nak masuk 40 doh sikit hari lagi", kata saya.


" agoknya kalu Sudirman ada lagi mesti Umar pun suka kan dia", balas mak saya lagi.


he he mungkin la kot kalau arwah masih ada Umar pun turut meminati dia.

Lamaran yang ditolak

lamaran sapa pulak ni yang ditolak.?


oleh kerana sedang ralit mendengar HotFM AM Crew, update entry pun mengenai rancangan tu la..


Topik hari ni, lamaran yang ditolak.


Seperti biasa mesti macam-macam cerita boleh didengar, ada juga yang kelakar .


Dulu saya pernah juga menolak lamaran dari seorang yang tidak dikenali , pilihan keluarga la kiranya ni.


Memang kelakar kalau dikenang balik sebabnya mak saya merajuk dengan saya kerana menolak lamaran tersebut, katanya boleh menjamin masa depan sebab lelaki itu lulusan U. (itu je alasan mak untuk merajuk he he)


Ada ke patut saya cakap pada mak, kalau sayang sangat dengan budak tu, kenapa tak terima je lamaran tu untuk diri sendiri?


Ohhh sungguh tak baiknya saya....

Panggilan Hangit

Hari ni saya bercuti tanpa sebab yang kukuh selain malas nak masuk ofis setelah hampir 2 minggu saya tak ada kerja sangat selain buka pintu bilik bos, lampu bilik bos, ambik newspaper bos, ambik surat bos. 


Lain-lain kerja ambil air suam untuk diri sendiri kat pantry untuk mencukupkan jumlah air yang diminum saban hari melebihi  2 Liter. Kalau dah minum air banyak secara automatik juga kekerapan keluar masuk tandas akan berlaku. Itulah aktiviti yang dilakukan sehingga waktu tamat bekerja tiba.


Jadi hari ni, saya nak lari sedikit daripada kebiasaan, duduk rumah pulak segalanya berlawanan dengan keadaan di ofis, tak menang tangan nak buat kerja. Namun begitu saya masih lagi tercongok depan TV layan HotFM AM Crew.


Baru aja selesai diperdengarkan Panggilan Hangit yang dikenakan kepada Prof Izi, sakit perut saya tergelak sorang-sorang mendengarkan Prof terkial-kial menyanyikan lagu-lagu Allahyarham Sudirman..
hmmmm terkena juga ye Prof...tak apalah, sekali sekala untuk menceriakan keadaan.


Plan asal nak ke bank tapi macam malas nak keluar, sarapan pun sekadar meneguk milo je tadi. Satu apa pun tak ada dalam peti ais. Nak pasar lagi le malasnya..


Tengoklah macam mana kejap lagi lepas siap kerja-kerja rutin di dalam rumah baru pikir untuk keluar.

Al-Fatihah - Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Hari ni genap 19 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

HotFM AM krew pagi tadi meriah dengan pelbagai cerita dan kenangan berkaitan dengan Allahyarham. Lagu-lagu beliau berkumandang dicorong radio sepanjang 3 jam pagi tadi.

Saya turut mempunyai kenangan pada hari pemergian beliau ke rahmatullah.

Kisahnya, selepas mengetahui je allahyarham telah meninggal melalui berita radio, kelam kabut saya mencari mak yang kebetulan sedang tunggu penjual ikan di jalan besar kampung saya.

Saya bagitau mak mengenai pemergian allahyarham dan hasrat saya memberitahu adalah untuk meminta beliau membelikan saya suratkhabar Utusan Malaysia.

Kata mak, langsung tak ada duit sebab dah beli ikan dan sayur. Memang kehidupan kami pada ketika itu teramatlah sengkek, saya pulak sedang menganggur.Kalau ada beberapa ringgit kat rumah tu mestilah diutamakan untuk belanja sekolah adik-adik untuk keesokkan hari nya.

Mak cakap memang tak ada harapan dapat beli suratkhabar hari ni. Boleh pinjam aja dengan Cik Ngah Mah seperti biasa, kan? Lagi pun setakat nak baca je tak perlu susah nak beli.

Saya cakap pada mak, ini lain, bukan takat nak baca je tapi nak simpan sebagai kenangan.
  
Memanglah sepanjang allahyarham sakit, setiap hari ke rumah Cik Ngah Ma(salah seorang kawan baik mak tinggal dalam kampung saya juga) untuk mengikuti perkembangan Allahyarham melalui Utusan, ketika itu Kak Bam , wartawan yang rapat dengan allahyarham sentiasa tuliskan perkembangan terkini.

Berbalik kepada kisah tak ada duit nak beli suratkhabar, mak cakap dah memang tak ada duit, tak payah la nak desak-desak sampai menangis-nangis.

Oleh kerana saya ni seorang anak yang tak  benar-benar solehah , saya tetap bagitau mak, nak beli jugak suratkhabar hari walau apa jadi pun  ( wah wah ....)
  
Last2, idea datang, mak punya idea la bukan saya punya.

Dia syorkan :

“apa kata kita kutip buah pinang Tok Cik ni yang berselerakan tepi-tepi jalan ni, lps tu kita jual kalau ada orang nak, biasanya ada je orang-orang tanya buah pinang tapi kita yang malas kutip”

Dengar je idea mak, saya terus berlari dapatkan Tok Cik ( arwah) mintak izin nak kutip buah Pinang, nak jual untuk beli suratkhabar…bila arwah cakap ambiklahhh..

Apa lagi laju la dua beranak mengutip buah pinang dan syukurlah memang ada orang datang nak membeli buah-buah pinang tersebut.

Tak silap dapat RM2.40 dan harga suratkhabar Utusan Malaysia ketika itu adalah RM0.80…Syukur tak terhingga, Allah sentiasa Mendengar rintihan hambanya.Bukan takat dapat beli untuk hari tu, esoknya dapat beli Mingguan Malaysia lagi.

Suratkhabar tu masih ada dalam simpanan di rumah mak saya di Terengganu.

Baru-baru ni , mak terkenang akan hal mengutip duit tu, dia betul-betul tak sangka pada saat anak menangis-nangis nak suratkhabar, duit tak ada, ternampak pinang berselerakan tepi jalan, kebetulan jugak pembeli datang membeli…Begitu Besarnya KuasaMU Ya Allah.


Al fatihah untuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Allahyarhamah Hajjah Meriam Haji Awang ( tuan punya buah pinang merangkap nenek saudara saya)

Ramalanku Benar Belaka

Tadi Nadhirah komplen saya ni kan suka diet yo yo..jadi untuk membuktikan saya adalah menjaga makan, saya mengajak dia mengikut saya ke penimbang berat .


Bila naik je, jarum menunjukkan ke angka yang sama seminggu yang lepas.


Jadi, tak adalah makan banyak lagi dah sebab tak naik pun berat ha ha..


Marah betul Nadhirah, dia cakap sepatutnya kena turunlah berat tu, mama ...bukan kekal sebab mama kan sudah terlebih berat selama ni.


Hari tu doktor dah cakap pada mama, setiap hari mama memikul 3 guni beras yang mana setiap 1 guni seberat 10kg...


Saya hanya mampu tersenyum saja mendengar peringatan Nadhirah tu.


Ramalan sendiri mengatakan kekal gemuk adalah benaaarrr.

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Petang tadi selepas solat Asar, kami berempat dengan penuh semangat menuju ke Taman Tasik Titiwangsa.


Konon nak berjogging, sampai sana agak lambat kerana jalan masuk ke tempat parking begitu sesak, kat situ aja lebih setengah jam.


Turun kereta, jalan-jalan je menggelilingi tasik, berpeluh jugak la walaupun bukan berjogging, lagi pun orang yang obes macam saya ni mana sesuai untuk berjogging, doktor sarankan banyakkan berjalan kaki secara pantas.


Umar pulak bila ternampak taman permainan je memang tak ada can la untuk pusing-pusing lagi dah..terus la fokus pada mereka dua beradik tu turun naik panjat sana sini hinggalah mereka sendiri dah mengalah untuk bermain.


Pulang ke rumah, mandi dan 2 beradik tu terus tidur.


Yang masih lagi belum tidur adalah 2 dewasa, sorang keluar minum , sorang mengadap pc update blog.


Kedengaran dari ruang bawah, Umar mengigau, dah 2 malam dia asyik mengigau, mungkin terlalu penat bermain Sabtu dan Ahad.


Eh teringat pulak Umar punya peel, tadi sebelum masuk kereta ketika mau pulang dari taman tasik, dia terpandangkan ada 2 orang dewasa bermain helikopter control, terus dia merengek-rengek "hati terasa nak helikopter je"...mula-mula slow je kata-kata tu, makin lama makin kuat, makin kerap.


Rengekan tu berterusan hingga ke dalam kereta, hingga hampir sampai ke rumah, rasa betul-betul rimas.


Abah dia janjikan untuk beli kereta control tapi bukan sekarang la kena tunggu la. 


Dia ceria dan tersangatlah berpuas hati dengan janji si abah.


Sampai rumah, turun dari kereta, dia bertanya " mana nya kereta remote control yang abah cakap nak beli tu?"


Ahhh mati kalau macam ni, nasib baiklah selepas mandi dan bagi susu, dia terlupa langsng pasal tu tapi rasanya esok mesti dia ingat kembali, budak-budak sentiasa menuntut janji selagi tak dipenuhi.

Telur Itik dan Belimbing Buluh

Pagi tadi ke pasar hanya untuk membeli 5 biji telur itik yang berharga RM4.50 , belimbing buluh satu piring kecil Rm1 dan santan Rm2 serta garam Rm1.. Itu tujuan utama sebab menu yang ada di dalam kepala sejak celik mata pagi tadi nak masak lemak telur itik campur belimbing buluh.


Itu je ke beli kat pasar? Macam tak percaya je..


Selain tu ada beli pisang sesikat, RM3...itu pun Umar yang merengek-rengek nak pisang.


Nadhirah memilih belimbing besi dan betik.,RM4


Untuk sarapan 2 beradik tu memilih untuk membeli Laksa Penang, RM 6 untuk 2 bungkus.


Dulu kalau bawak RM20, rasanya agak banyak yang boleh dibeli tapi tengoklah saya membeli hari ni , macam untuk main pondok-pondok je, saya selalu tertanya macam mana saya nak urus perbelanjaan kalau saya ada 6 orang anak macam mak saya ? Rasanya gugur rambut ni satu persatu sebabnya saya kerap garu kepala yang tak gatal kalau terperangkap dalam satu-satu masalah..he he..


Tadi datang idea untuk meniaga kat pasar setiap Sabtu...meniaga apa tu ye?


Berniaga selimut tampal la...ada tanya-tanya pada makcik yang jual sayur, yang sememangnya saya, anak-anak dan makcik sellau terjah untuk dapatkan sayuran kampung setiap minggu.


Dia terangkan:


1. mohon lesen dari MPS ( 120 untuk setahun, sekali bayar je)
2. datang awal-awal pagi hari berniaga untuk dapatkan tapak strategik, sapa datang dulu, dia dapat la tempat yang cantik-cantik.


Kata makcik sayur tu lagi, kalau untuk dapatkan rezeki halal, jangan langsung difikirkan pasal malu dan segan, kita bukan mencuri, bukan buat kerja haram, ini satu daripada usaha penat lelah bukan dapat duit cara mudah dengan menipu sana sini.


Hmmmmm nanti saya fikir-fikirkan.

Ampunkan Daku, Suami

Wahhh tajuk cerita Cerekarama TV3 lagi ke?


Kisahnya tadi ada seorang isteri yang telah membuatkan suaminya marah.


Sebabnya?


Si isteri memberitahu suami yang dia nak keluar membeli makanan untuk sarapan pagi.( pagi ni si suami perlu ke ofis sebenarnya, sangkaan si isteri pastinya suami keluar lewat sedikit daripada waktu yang ditetapkan), sambil menuruni tangga si isteri bagitau pada si anak yang tinggal kat rumah tu, :cakap pada abah, mama ke pejabat pos sekali tau".


Itulah kesalahan besar saya, suami hanya tau saya keluar membeli makanan untuk sarapan pagi sedangkan saya ni terus meluncur laju ke Pejabat Pos untuk mengepos selimut tampal selepas membeli makanan untuk sarapan pagi, sebenarnya mengepos selimut tu tak la lama kerana saya sorang je customer di Pejabat Pos tu tetapi yang membuatkan saya begitu lama tadi adalah beratur membeli nasi lemak dan nasi kerabu.


Ketika memasuki taman perumahan saya, dari kejauhan kelihatan suami saya menaiki motor untuk ke tempat kerja. Dalam hati berkata, mesti wajah yang kehilangan cahaya dipamerkan  bila bertembung nanti.Memanglah perasaan di dalam hati ni seperti tonggang terbalik je , biasalah orang buat salah mesti lah rasa berdosa je.


Dia berpatah balik ke rumah untuk tinggalkan motor dan ambik Kancil yang saya gunakan. Saya tau tahap kemarahan dia adalah berada pada tahap yang melepasi tahap normal, saya sedar kesilapan saya, melengah-lengahkan waktu untuk pulang sedangkan suami sedang menunggu untuk sarapan sebelum ke tempat kerja.


Kadang-kadang plan yang diatur baik di dalam kepala tak menjadi dengan sempurna. Saya terus ke Pejabat Pos tadi kerana fikirkan Kancil tu akan digunapakai oleh suami sepanjang hari sudah tentulah barang tu tak dapat diposkan hari ni dan kerana plan tak srategik tu suami lambat ke ofis dan pergi dengan perut yang kosong walhalnya dah tau dia ada gastrik.


Dua patah perkataan je yang saya nak tulis sebab saya tau dia akan baca setiap entry saya, maafkan saya!

Tebu lembutkan daging

 Caranya : Masukkan tebu yang telah dibuang kulitnya dan dibersihkan ke dalam masakan.Hasilnya bukan saja daging menjadi lembut bahkan rasanya bertambah lazat..

Tepung gandum boleh bersihkan tandas???

Tuangkan tepung gandum  pada seluruh tandas dan biarkan sehingga setengah jam. Kemudian berus seprti biasa.


Anda boleh tengok kesannya.


Ini saya dah cuba, memang bersih jadinya..



Sumber Mingguan Wanita.

Air daun pandan boleh buangkan lemak badan???

Ambil 24 helai daun pandan ( tak pasti kenapa 24 helai), ikat, rebus daun pandan tersebut hingga hingga airnya menjadi putih. Amalkan meminum satu gelas sehari.




Hmmmm macam nak cuba petua ni..

Petua kurangkan bisa disengat tebuan

Petua ni saya baru je tau, hari tu masa kena sengat tebuan, cuma sapukan minyak gamat, rendam dalam ais semaunya tak dapat nak redakan kesakitan, last-last ke klinik dapat satu suntikan, terus legaaa.


Petua ni  hanya untuk kurangkan bisa sengatan tebuan, iaitu sapukan madu atau air gula yang telah dibancuh pekat pada tempat yang disengat, Insyaallah rasa sakit akan berkurangan.




Sumber Mingguan Wanita

Khasiat Daging Kambing

Walaupun mengandungi tahap kolesterol yang lebih tinggi daripada daging merah lain, ia turut mengandungi lemak tepu yang jauh lebih rendah daripada daging merah lain.


Fakta ini disahihkan apabila anda memanggang daging. Daging lembu, bebiri dan ayam mengeluarkan lebih banyak lemak yang jatuh atas arang berbanding daging kambing.


Oleh itu, janganlah merasa takut untuk memakan daging kambing.






Sumber dari Majalah Rapi

Makanan SIhat untuk Kuku Cantik

1. Epal
2.Asparagus
3.Mentimum
4.Telur
5.Bawang Putih
5.Anggur
6.Hati
7.Kekacang
8.Bawang Merah
9.Salmon
10.Bijirin
11.Ikan Tuna


Sumber dari Majalah Rapi

Jom Bakar Kalori

Bangun 3.45 pagi.


Pukul 4.15 start bersauna cara saya he he ( gosok baju le tu)...pukul 5.30 siap.


Bersambung dengan lipat kain baju dan susun ke dalam kabinet.


Teruskan dengan turun naik tangga - 


mula tu turun untuk hantar baju sekolah Nadhirah ke bawah.
naik semula untuk mengambil pakaian Umar, turun semula hantar ke bawah
naik semula untuk mengambil pakaian kerja saya, turun semula hantar ke bawah
naik semula untuk mengambil pakaian untuk ke tadika Umar, turun semula ke bawah.


Naik semula untuk update blog.


Berpeluh-peluh tau.....terutamanya ketika bersauna.


Agaknya berapa kalori yang telah dibakar pagi ni?

Makan untuk rambut sihat

Salmon
Kandungan omega 3,vitamin B12 dan zat besi yang terkandung di dalam ikna ini sangat bermanfaat untuk 
kesihatan kulit kepala.


Sayuran berwarna hijau tua
Bayam,brokoli,lobak antara sumber terbaik Vitamin A,C dan zat besi serta kalsium yang menghasilkan sebum.
Sebum mengeluarkan minyak yang menjadi pelembap semulajadi rambut.


Kekacang
Walnut mengandungi asid lemak omega 3 yang dapat membantu melembabkan rambut.
Badam merupakan zink terbaik yang mana kekurangan zink boleh menyebabkan kerosakan rambut.


Produk susu rendah lemak
Yogurt sumber rendah lemak yang baik dapat membantu pertumbuhan rambut.


Sumber Mingguan Wanita.

Entry yang ada rasa

Semalam ada baca satu post dari Ben Ashaari mengenai tips untuk buat entry, biar entry tu simple tapi ada rasa dan memberi rasa kepada yang membaca hingga tertarik untuk pembaca memberi komen dan akan datang lagi.


Hmmm saya terfikir juga tentang entry-entry saya sebelum ni, adakah mempunyai rasa dan memberi rasa pada orang yang membaca..mungkin kurang rasa kot sebab tulis sesuka hati je..


Saya rasa ini semua terpulang kepada niat asal kita berblog, bagi saya yang baru belajar dunia blog ni , berblogging adalah satu cara alternatif untuk saya luahkan apa yang saya rasa berbanding sebelum ni suka mencoretkan di dalam diary dan juga untuk hilangkan tekanan sepanjang hari di tempat kerja dan lain-lain rutin , di samping itu blog ini boleh buat kita rileks kerana ada kawan dan boleh baca blog orang lain.


Walaupun entry tiada rasa , selagi ianya tidak menyentuh isu-isu sensitif, tidak menyinggung sesiapa atau berniat jahat pada sesiapa, bagi saya itu sudah memadai untuk saya yang baru belajar.


Bukan apa, saya tak nak stresskan diri saya dengan berfikir bagai nak rak untuk satu-satu entry, dah le kerja harian selalu stress, sebab tu saya jadikan berblogging ni salah satu cara untuk releasekan stress dengan meluahkan apa yang terfikir diminda.


Ini semua adalah pendapat peribadi saya sendiri yang baru setahun jagung, terimakasih untuk Ben Ashaari yang sentiasa memberikan tips berguna untuk blogger baru macam saya.

Khasiat Lada Hitam

Selain untuk masakan, lada hitam boleh meredakan sakit perut, loya, demam, sakit sendi, sakit kepala, membuang angin dalam badan, meredak cirit birit dan kencing tidak lawas.


Ianya juga boleh menguatkan tenaga batin lelaki.( tumbuk dan campur dengan air suam, minum la)



Terima Kasih Majalah MIDI .

Malam Tiada Bintang

Hujan lebat betul petang tadi, sempat post satu entry sebelum guruh berdentum -dentam ,off pc dan TV,  kami anak beranak baring-baring je menunggu hujan berhenti. Kesudahannya 2 budak kecik tu terlelap, mungkin sampai pagi esok kot.


Sunyi sepi je terasa malam ni, mungkin sebab budak 2 orang tidur terlalu awal, membuatkan saya rasa betul-betul seperti Taman Selayang Mulia ni tak berpenghuni.


Begitulah kan, kalau anak-anak tak tidur, marah-marah suruh tidur , bila dah tidur merungut sorang-sorang sebab sunyi dan sepi. 


Tapi ada baiknya juga depa berdua tu dah lelap, masa yang ditunggu-tunggu untuk blogwalking, baca Majalah MIDI yang masih belum selesai serta menghabiskan novel yang tertangguh sejak berbulan lepas, biasanya novel tak perlu lama untuk dihabiskan tetapi semenjak dua menjak ni terasa sungguh malas sekali untuk mengadap novel.


Novel Bunga Kasih yang dibeli semenjak tahun lepas( dah lupa bulan berapa) masih terletak elok di atas meja, Saya rasa untuk membaca novel hati mesti sentiasa tenang dan lapang, kalau tidak macam mana nak hayati watak dan plot yang begitu berbeza dengan realiti diri si pembaca.


Dari meja PC ni dapat lihat dada langit malam yang kelam, langsung tidak berbintang namun saya tidaklah merasa suram pun sebab hati ria selain dapat update blog, pastinya saya dapat menonton Cerekarama TV3 malam ni dengan aman tanpa gangguan. 


Kesimpulannya, hari ni adalah hari yang betul-betul indah sejak bermula awal pagi hingga sekarang. Syukur padaMu atas KurniaanMu!




Hariku Yang Indah

Tajuk sentiasa dasyat, cerita takat suam-suam kuku..


Hari ni indah sebabnya banyak kerja tapi jadi cepat dan mudah kerana anak dara saya banyak membantu.


Ketika saya ke pasar, dia masih tidur tetapi bila saya pulang dari pasar nampak dia sedang mencuci kasut sekolah dia.


Wahhh dah hati saya berbunga-bunga kerana bukan senang anak kita ni nak buat kerja tanpa disuruh berkali-kali..agaknya malam tadi mimpi indah agaknya anak dara ni..


Saya senyum dan puji sikitlah kerajinan dia hari ni, semoga terus rajin dan bertambah rajin.


Lepas cuci kasut, rajin pulak membersihkan udang, sementara saya menyiang ikan.


Selesai mencuci bersih ikan dan udang, dia tolong mengupas bawang.


Masak sama-sama, menu pun simple je hari ni, ikan goreng, buncis goreng dan masak lemak udang campur kacang panjang.


Siap memasak,mengemas ruang tamu dan dapur bersama. Nadhirah sambung dengan kerja-kerja mengemop lantai.


Saya terus on pc dan update blog sebaik melihat Umar terlentok atas  toto di depan TV.


Line clear sesangat ni...


Ketika saya menaip entry ni, Nadhirah tengah reward diri sendiri atas kerajinan dia hari ni dengan makan lunch lebih awal daripada biasa.




Dhirah bersama Ayah De ketika satu majlis ( tiada kena mengena dengan cerita di atas)

HotFm AM Krew - Lebih hangat daripada biasa

Saya ni bolehlah dikatakan salah seorang pendengar Hot FM setiap pagi dan petang ( itu je pun masa yang ada untuk dengar radio)..dulu-dulu pendengar setia Radio Era, lepas tu beralih kepada SinarFM dan kini Hot FM Lebih Hangat Daripada Biasa.

Saya pasti ramai yang turut menjadi pendengar setia Hot FM, mungkin semua DJ Hot FM ni segar dan bertenaga, sentiasa ada idea yang membuatkan kita seronok dan happy je , lagu-lagu yang diputarkan semuanya best. Paling saya suka bila time PANGGILAN HANGIT dan teruja untuk mendengar topik untuk Hot Chat setiap pagi.

Entry ni terhasil kerana pagi tadi Hot Chat dengan  topik ALASAN TAK MUNASABAH.  Macam-macam alasan yang diberikan berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan.

Ada yang bagi alasan:
  1. tak jawab panggilan kerana HP tiada kredit
  2. lambat ke kelas kerana terpaksa beratur untuk mandi
  3. alasan diserang sakit perut yang kritikal untuk keluar berkaraoke
  4. ponteng sekolah kerana terpaksa jaga adik walhalnya anak bongsu
Dan macam-macam lagi la….

Teringatlah satu alasan yang pernah saya berikan kepada bos di tempat kerja lama dulu , iaitu ketika bekerja di satu company di Jalan TAR, (rasanya dah tak ada company ni sekarang). Company ni adalah majikan pertama saya setelah menjejakkan kaki ke KL.

Permulaan cerita adalah kisah makcik saya kerap migrain yang teruk hingga muntah-muntah dan tak berdaya nak bangun, nak ke klinik pun dia tak larat, bila dah dia berkeadaan macam tu tak sampai hati untuk saya tinggalkan dia sendirian. Jadi jalannya tiada lain, terpaksa call pegawai bagitau terpaksa ambik cuti kecemasan kerana makcik sakit. Pegawai cakap ok dan minta saya cerita pada “bos dalam” esoknya.

Esoknya dengan lutut yang menggigil, saya terpaksa masuk berjumpa bos yang bertugas bahagian admin ( ada 3 bos perempuan semuanya adik beradik), yang handle admin ni namanya Ms Karen, dia tanya la kenapa semalam ambik EL sedangkan saya baru je kerja , belum confirm tak entitle untuk ambik cuti ( muka garang sungguh weii) , tanpa saya plan terkeluar dari mulut saya,

“ sebenarnya makcik saya disahkan mengidap Kanser Otak”… ( sebenarnya ini bukan alasan tak munasabah kan? lebih sesuai menipu)

Terbelalak mata bos saya itu. Maafkan saya ye bos…dan maafkan anak buah mu ini, Su.

Lepas tu banyak betul pertanyaan yang keluar dari mulut dia, punyalah teruk saya berbohong hinggakan bagitau bos konon-konon doktor cadangkan makcik dioperate.

(Alhamdulillah makcik saya masih sihat walafiat sampai sekarang dan migrain pun dah jarang-jarang datang menyerang).

Nasib baiklah saya bekerja situ hampir 3 bulan je, sejak bos tau tentang “Kanser Otak” itu, dia kerap follow up tentang kesihatan makcik saya …kesian dia sebab sudah tersalah tunjuk simpati, bukan senang nak dapat simpati daripada bos yang garang dan tersangatlah strict ni..

Hmmmmm tiba-tiba terimbau kembali saat bekerja disitu, memang banyak pengalaman yang dapat dikutip, ketika itu usia baru je 22 tahun, ooohhh muda belia lagi, naik bas mini dr Jalan Ipoh turun di depan Globe( masuk masukkkkk, rapat rapatttt ,jerit konduktor bas mini), beli nasi lemak kat kedai tepi Panggung Collessium( eh betul ke ejaan ni), selalu beli nasi lemak sambal paru ( RM1.20).

Kami hanya dibenarkan masuk ke dalam pejabat tepat 8.30 pagi, kalau tersalah awal melanguk la depan pintu pejabat, waktu lunch pukul 1 wajib keluar dari ofis, saya selalunya beli makanan dari gerai yang berderet tak jauh dr EPF, makan kat satu ruang kecil tepi tangga bersama kawan ofis, bentang kotak, kemudian lari-lari ke Bangunan Bank Islam , di situ selalu ada tazkirah sebelum solat berjemaah. Kat ofis mana ada tempat untuk solat sebab itu bukan company Melayu walaupun banyak sangat bilik-bilik kosong kat dalam ofis.(Staff Muslim ada 4 orang dan staff India ada 4 orang tak termasuk bos la).

Waktu yang dibenarkan untuk masuk semula ke dalam ofis adalah pukul 2 petang, berdedai lah kami staff beratur masuk ofis . Pukul 5 tepat semua berdedai balik , time tu setiap Sabtu adalah hari kerja separuh hari.

Banyak cerita sebenarnya tentang company tu dan banyak hal yang perlu dipatuhi dengan gaji yang kecik, cuti tahunan 3 hari untuk tahun pertama,  serta tiada apa-apa benefit lain pun( percaya tak, saya dan lagi sorang staff admin setiap bulan berjalan kaki ke Menara Maybank untuk tunaikan gaji untuk 8 orang staff), membuatkan saya begitu aktif mencari kerja lain dan akhirnya berjaya meloloskan diri dari situ dan menyertai MAA hinggalah sekarang ni.

Terimakasih untuk bos saya yang setuju terima saya join Actuarial Department, MAA Berhad..

Dan disitu segalanya bermula..

Terima Kasih HotFM kerana telah mengembalikan ingatan saya kepada permulaan kisah hidup saya di KL.